insan ini, kdg2 terus lupa segala nikmat allah yg banyak tu apabila satu ujian singgah dalam hidupnya. bila dibandingkan semula,ujian entah berapa percent saja dr nikmat yg kita ada.
ujian bila ia hadir, boleh mengelaskan manusia kepada dua golongan. tambah imannya atau kurang imannya.
anggaplah ujian itu tanda kasih sayangNya. tanda Dia masih ingat pd kita. tanda Dia mengiktiraf kita sbg hambaNya. mungkin ujian ini, Dia mahu melihat sejauh mana kita yakin dgn kekuasaannya.
mereka selalu bilang, selepas hujan akan dtgnya pelangi. benar, tak selalu pelangi hadir. namun adakah iman kita membuat kita yakin bahawa somehow pelangi akan hadir juga. sbb dgn iman kita percaya allah berkuasa buat apa saja, takde yg mustahil. semua tu dengan iman.
pak hamka kata, "apa yg ada inilah harapan kita".
allah, jadikan kami org2 yg bersyukur. org yg redha dan sabar bila diuji, syukur bila diberi nikmat. allah~


