My Photo
Fir Firdausi (Bro Fir)
Australia
bukan sesiapa pun
View my complete profile
Fir Firdausi (Bro Fir)
Sudah lama sebenarnya saya menunggu kehadiran filem Sang Pencerah di internet. 
Walaupun saya tahu menonton di internet tak mampu memberi sokongan kepada produksi filem ini namun kudrat saya limited kerana tak mampu mendapatkan karya ini secara terus dari pengedar apatah lagi menontonnya di pawagam. 

Alhamdulillah, setelah diupload di youtube, saya berpeluang menonton dan impaknya seperti ‘GEMPAK WA CAKAP LU!”.


boleh tonton di sini. Semuanya ada 8 part. 

Filem ini bergenre historical. Mengangkat nama Ahmad Dahlan, pengasas pergerakan tajdid Muhammadiyyah di Indonesia. 
Sepanjang filem ini, penonton disajikan dengan kisah hidup Ahmad Dahlan semenjak kecil, sehingga beliau ke Mesir utk menyambung pelajaran seterusnya membawa kepada kisah hidupnya pasca kepulangannya dari Mesir.

Fokusnya adalah pada pasca kepulangan Ahmad Dahlan dari Mesir ketika mana beliau cuba memperbaharui makna beragama dalam masyarakatnya, masyarakat Kauman. Tentangan dan tribulasi yang dihadapi olehnya sangat kuat membuat beliau pada satu ketika mahu mebawa keluarganya pergi dari Kauman. 

Saya sangat terkesan dengan babak di mana isteri Ahmad Dahlan memujuk beliau dgn membacakan ayat 7 surah Muhammad. Maka benarlah, di sebalik seorang lelaki pasti ada seorang wanita di belakangnya.

Misi pendidikan, tarbiyyah, kebajikan dan kehidupan beragama mengatasi segalanya. Termasuklah tentangan dari kaum tua, hinaan dan tindakan kejam dari masyarakat e.g. membakar langgar (surau) beliau, tuduhan kafir tidak berjaya meruntuhkan semangat beliau.

Juga dipaparkan perubahana peranan guru dan murid dalam pendidikan. Murid bukan lagi secara membuta tuli menerima apa yang dituturkan oleh gurunya. Sikap keterbukaan dan menerima keberadaan perbezaan itulah yang dilihat sbg jambatan kepada pembinaan ilmu dan melahirkan anak2 bangsa yang berilmu. 

Maka dengan itu perbezaan pendapat harus ditangani dengan akhlak islamiyyah agar masyarakat tidak kucar kacir dan masyarakat berilmu terlahir. Perbezaan pendapat yg hebat antara imam muda dan imam tua banyak dipamerkan dalam karya ini.

Memberikan makna yang benar kepada kehidupan beragama satu usaha yang amat payah seperti payahnya nabi kita SAW membawa Islam kepada masyarakat jahiliyyah suatu ketika dahulu. 
Membawa masyarakat kembali kepada prinsip Islam yang sebenar-benarnya berlandaskan alquran dan sunnah. Isu bidaah. Walaupun isu ini masih kedengaran pada hari ini.
Agama bukan satu hal yang menyempitkan atau melimitkan kehidupan di dunia. Ia hadir sebagai satu cara hidup yang menghadiahkan kedamaian. 
Agama bukan satu prinsip yang mahu mengongkong manusia utk berkembang. 
Buktinya apabila Ahmad Dahlan mengekploitasi kelebihan yang dimiliki oleh penjajah Belanda demi mencapai misi.

Sebagai satu refleksi, filem ini adalah satu lagi bukti dan petunjuk kepada kita betapa memang kewajipan kita utk terus menyampaikan risalah Islam tanpa mengira siapa pun kita. 
Mereka yang telah pergi meninggalkan kita amanah ini agar perjuangan bersambung. 
Namun bukan bermakna andai kita tak menyambung ia akan terputus. Silap. Akan ada orang lain, itu pasti. 

Akan tetapi sanggupkah kita menjadi hanya seorang penonton?

Ayuh, bersama kita menjadi sang pencerah!
0 Responses