My Photo
Fir Firdausi (Bro Fir)
Australia
bukan sesiapa pun
View my complete profile
Fir Firdausi (Bro Fir)
Sepanjang hari ini aku menghabiskan 9 episod ceramah Dr MAZA bertajuk Mencari Sakinah. Boleh cari di youtube. 


"Alhamdulillah, usia kita masih lagi berjalan, meneruskan hidup dan makan, dan menikmati kurnian tuhan." - Dr. MAZA


Satu kenyataan yang membawa kepada satu muhasabah yang dalam. Betapa sudahkah kita bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan. Dr. MAZA juga menyebut kebanyakan ulama' berpendapat bahawa makam syukur itu lebih tinggi daripada makam sabar. Ramai orang boleh bersabar, tapi tak ramai orang mampu bersyukur.


Ada juga benarnya.


Kita hanya ingat kaki yang mampu bergerak, apabila kaki telah sakit.
Kita hanya ingat nikmatnya gigi menjamah makanan, apabila gigi telah sakit.
Dan dalam banyak perkara, kita ingat perkara tersebut apabila ia telah tiada.


"Apa yang kita ada itulah harapan kita" - Pak Hamka


Susahnya bersyukur.


Bagaimana mahu bersyukur? 
Tanyakan soalan2 ini pada diri kita.


Adakah aku hidup sebagai seorang Muslim hari ini? Buktinya, apa? 
Adakah solat yang dilewat2kan? Adakah mengaji Al-Quran tunggang-langgang, itupun hanya beberapa patah ayat? Menjaga kebersihan tandas ke tempat tidur ke dapur, begitukah yang dikatakan hidup sbg seorang Muslim? Memakai jubah, bercelak?


Apakah yang telah aku lakukan untuk Islam hari ini? 
Post status di facebook yang 'so-called' bermanfaat, itukah? Terlibat dengan usrah, itukah jasamu kepada Islam hari ini? Mempamerkan akhlak mulia, berkata yg baik2, berbuat yang elok2, itukah? Memberi kritikan kepada pihak2 yang kita rasa telah mencemarkan 'so called' kemurnian Islam, kritikan itu adakah membantu Islam akhirnya? Membanding2kan kelebihan dan kelemahan pertubuhan2 tertentu, lantas mengatakan pertubuhan akulah yang terbaik, itukah jasaku? Adakah perkara2 ini benar2 membantu Islam? 


Mari kita fikir semula, muhasabah. Adakah apa yang kita telah lakukan ini mampu untuk kita rasionalkan di akhirat kelak di depan Tuhan Yang Maha Esa? Mampukah untuk mencelupkan (baca: mencelupkan saja) kita ke dalam syurga? Atau mampu menghumban kita ke dalam neraka? 


Tanyalah kepada diri sendiri.


Jom istighfar atas segala dosa yang telah kita lakukan hari ini, secara sedar dan tak sedar. 
0 Responses