Aku banyak berhijrah sepanjang 22 tahun hidup ni. Selepas tamat Darjah Enam di sekolah kebangsaan, aku berada di satu2 tempat paling lama 2 tahun setengah, paling sekejap setengah tahun.
Alhamdulillah, banyak benda aku belajar. But as the saying goes, bila banyak belajar, lebih banyak benda kita tak tahu sbb banyak benda kita nak tahu, nak tahu dan nak tahu.
Sebab tu walaupun dah banyak kali berhijrah, masih ada keinginan dalam hati untuk berhijrah ke tempat2 lain. Kalau nak dilistkan memang lah panjang, namun hari ni aku nak share beberapa saja.
Aku teringin..
nak belajar di IPTA tempatan (Malaysia). Kalau diberi pilihan, UIAM menjadi pilihan pertama. Hmmm, dulu dah dapat sebenarnya peluang belajar di UIAM, tapi tolak sebab.. errr.. sbb dpt pergi luar negara. Memilih yang terbaik kan. he he. Kedua, UM sebab aku 'membesar' di maktab dgn berinspirasikan kehebatan sahabat2, abang2 juga adik2 yang berada di UM. Teringin 'membesar' dalam kalangan orang2 hebat juga.
Aku teringin..
nak berhijrah ke negara Timur Tengah.. belajar di sana, mesti seronok. Belajar dengan masyaikh2 besar yg melahirkan ramai graduan agamawan.
Hari tu bila ada seorang member cerita pasal emak dia jadi nurse kat Timur Tengah, dia buka cerita pasal peluang jadi English Educator kat sana samada cikgu atau tutro atau pensyarah. Ya Allah, mungkinkah keinginan ini bakal menjadi kenyataan?
Tahun lepas bila dengar Ust Halim (Naib Pres ISMA Pusat) datang Brisbane dan cerita kisah hidup dia merantau ke Timur Tengah selepas tamat study di Brisbane, aku jadi sangat2 teruja.
Aku teruja juga melihat kawan2ku yang menyambung pengajian di sana. Tambah teruja bila mereka buat medic + belajar agama sekali, hebat kan?
Aku teringin..
pulang semula ke sekolah. Ya, insyaAllah lagi dua tahun saja aku akan terperuk semula di sekolah. Tapi mengikut sejarah aku, paling lama berada di satu2 tempat, dua tahun setengah. Siapa tahu. Satu tahun di sekolah pedalaman, satu tahun di sekolah kawasan elit, satu tahun di sekolah asrama. Indeed, who knows. Wallahuaalam.
InsyaAllah semoga Allah kurniakan aku hati yang tenang dan redha menerima takdirnya. Sekolah pedlaman bersyukur, sekolah bandar pun bersyukur, insyaAllah.
Itu tiga sahaja keinginan aku.
Keinginan Allah siapa tahu. Aku ada keinginan, Allah juga ada dia punya, namun Dia punyalah yang terbaik.
p/s: boleh kan buat MA di IPTA tempatan, PhD buat di Madinah University ke, University of Yarmouk ke, Al-Azhar ke. he he.



agi idup agi study !!!