My Photo
Fir Firdausi (Bro Fir)
Australia
bukan sesiapa pun
View my complete profile
Fir Firdausi (Bro Fir)
Setiap perkara bermula dengan satu langkah kecil. Langkah kecil itu kadang2 nampak mudah dan ringan, tapi ramai juga yang gagal memulakannya maka perkara-perkara yang besar juga gagal dicapai. 


Kerana setiap kali memulakan langkah kecil, kita berada dalam keadaan kosong. Ya, kosong. ZERO. 
Seorang pemimpin yang baru dilantik bermula dengan kekosongan. Seorang guru yang baru ditempatkan di sekolah baru bermula dengan kekosongan. Seorang pelajar universiti tahun satu bermula dengan kekosongan. Seorang peniaga yang baru membuka kedainya juga bermula dengan kekosongan. Kekosongan apa? Ilmu. Pengalaman. Kecekalan. Daya tahan.


Kekosongan ini akan datang banyak kali dalam hidup. Tak maknanya sudah hidup lama, tiada kekosongan dlm dirinya. Tak bermakna sudah lama dalam organisasi, masyarakat, maka tiada kekosongan dlm dirinya.


Maka, ambillah masa anda. 


InsyaAllah, dari kekosongan tersebut, dari langkah kecil tersebut, akan tercapai cita-cita anda. Sebab tu ada kata2 'From Zero to Hero".


Wallahuaalam.
1 Response
  1. adi kayat Says:

    kekosongan perlukan teman.