My Photo
Fir Firdausi (Bro Fir)
Australia
bukan sesiapa pun
View my complete profile
Fir Firdausi (Bro Fir)
Siapa pernah main kahwin-kahwin masa kecil? 
Permainan bagi kanak-kanak amat menyeronokkan. Dalam keseronokan itu sebenarnya mereka belajar sesuatu. Ilmu berlakon, ilmu ekspresi diri, kemahiran sosial, perkembangan bahasa juga perkembangan fizikal. Sudah banyak kajian menyatakan bahawa bermain amat penting bagi kanak-kanak. Tak perlu diragui.

Berbalik kepada perihal main kahwin-kahwin, apakah sebenarnya yang dipelajari oleh kanak-kanak? Namun terlebih dahulu, bagaimanakah ia dimainkan?

Mengimitasi majlis perkahwinan sebenar, akan ada dua kerusi sbg pelamin olo-olok. Sepasang pasangan lelaki dan perempuan, olok-oloknya ibarat pengantin perempuan dan pengantin lelaki. Dua orang pengapit. Seorang pesilat. Serupa, hampir sama dengan majlis perkahwinan biasa mengikut adat Melayu, begantung kepada kreativiti mereka.

Jelas, kanak-kanak adalah innocent. Lantas, permainan ini dimainkan tanpa nafsu. Mungkin terdapat aksi usik-mengusik, cuit-mencuit, jenaka, senyum sinis juga gelak tawa. Di sebalik itu, apa sebenarnya yang dipelajari oleh mereka? Lebih kurang sama sebenarnya seperti apa yang telah disebutkan di perenggan pertama.

Itu cerita kanak-kanak dengan main kahwin-ahwinnya. Bagaimana pula apabila telah menginjak remaja, atau dewasa? Masihkah relevan untuk kita bermain permainan sedemikian? Jika diajak bermain, mahukah?
 



Sang teruna mungkin akan bertanya “machokah main permainan tersebut?”
Si gadis pula mungkin akan berkata “macam budak-budak je?”

Namun hakikatnya, sedarkah kita sebenarnya masyarakat kita yang bukan bergelar kanak-kanak masih tetap gembira bermain permainan ini? Tanpa sedar, realitinya hari ini, masyarakat kita dengan bangga memainkan peranan pengantin lelaki dan pengantin perempuan walaupun belum ada sesiapa yang menikahkan. 

Lihat sahaja, berapa ramai couple belum bernikah di luar sana yang tanpa segan silu beraksi seperti suami isteri? Tak perlu dipanjangkan cerita, kita semua sedar hakikat ini. 
Lihat sahaja, berapa ramai couple belum bernikah di luar sana yang dengan bangga meletakkan “married to X” di Facebook? Tak perlu bersembunyi, hakikat ini terjadi.
Lihat sahaja, berapa ramai couple belum bernikah di luar sana yang masih sebenarnya berfantasi main permainan main kahwin-kahwin.

Mungkin tiada lagi kerusi sebagai pelamin olok-olok, tiada pesilat, tiada dua pengapit. Yang ada cuma pengantin olok-olok. Namun apa yang menyedihkan, main kahwin-kahwin versi dewasa ini menjadi satu maksiat. Tak lagi memberi faedah sepertimana faedah yang dipeolehi kanak-kanak yang bermain kahwin-kahwin.

Bangkitlah, lihatlah realiti sahabat!

Ayuh sahabat-sahabat,
hentikanlah fenomena ini. Kita kena sentiasa ingat bahawa suatu ibadah tak boleh dimulakan dengan maksiat. Perkahwinan itu satu ibadah. Antara syarat ibadah diterima ialah tiada calar-calar maksiat sepanjang ibadah itu dijalankan. Ayuh, fikirlah masa depanmu. Masa depan di kampung akhirat. Kan kita nak hidup bahagia di Sana? Kan?

Tak salah nak main kahwin-kahwin, tapi please, nikah dulu ya!

Wallahuaalam.

Fir.
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    org sekarang ni main kahwin2 real punye, xde olok2 dah...

    mane diorg letak agama pun sye xtau =(


  2. Nur Says:

    Kalau mereka berfikir tentang kampung akhirat, semua ni takkan pernah berlaku pun... yg difikirkan cuma menikmati kebiasaan kampung fana ni.