Pagi tadi tatkala sibuk melayan kerenah anak-anak di Closing Ceremony KAFA PPMQ, aku terasa sesuatu ingin diluahkan. Namun aku tak jumpa. Seronok melayan mereka. Hingga tak mampu mengeluarkan rasa itu. Aku cari, aku fikir, aku cari lagi. Apakah?
Hingga ke saat pentomen, baru terjumpa. Itupun setelah Soleh memasangkan lagu Adakah Kau Lupa. Dan saat sedar bahawa video tersebut dihasilkan oleh “Al-Jazary” yang juga kawan aku masa di sekolah menengah dahulu. Bangga seketika. Rasa bangga itu membuatkan aku terfikir, apakah aku juga mampu memberi manfaat kepada manusia lain?
Baru aku sedar. Perjuangan ini bukan mudah sebenarnya. Ia panjang, ia berliku, ia kadang2 tak jelas apa mungkin kita beroleh hasilnya. Dan ia kadang2 sangat melemahkan. Dan baru aku tersedar, banyak silap aku selama ini. Bahawa penglibatan aku di kelas KAFA juga adalah satu bentuk usaha menegakkan agama Allah.
Pernah ada ketikanya aku terfikir. Mengajar kanak-kanak, apakah yang mampu disumbangkan dalam konteks tarbiyyah dan dakwah. Mungkin hari ini aku mengajar mereka alif ba ta, aku mengajar mereka tajuid, aku mengajar mereka siapa Allah, aku mengajar mereka bagaimana bergaul antara lelaki perempuan, yang secara jelasnya aku bukan melahirkan rijal-rijal dakwah secara hakikatnya. Aku tak membentangkan ISK, apatah lagi shahadatul haq, aku tak menerangkan tanggungjawab dakwah dan sebagaimanya. Namun, hari aku baru rasa ‘beruntung’ ada peluang ini. Kerana aku mengajar mereka perkara asas.
Allahu Allah. Sungguh, sebenarnya dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan, andai ianya perkara ma’ruf, mempunyai niat dan approach yang benar, insyaAllah akan ada hubungan dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah. Sungguh, tanggungjawab khalifah bukan sekadar join usrah. Bukan sekadar dengar kuliah, malah lebih lagi. (Baca: tanpa menafikan sedikitpun kepentingan usrah, kuliah, etc)
Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab kita tahun ini. Semoga Allah kira sebagai amal baik dan mendapat balasan yang setimpalnya mengikut kehendakNya.
Hari ini mereka kanak-kanak petah banyak soalan,
siapa tahu esok lusa mereka rijal dakwah penyebar agama tuhan.
Hari ini mereka memeningkan, banyak kerenah,
siapa tahu esok lusa merekalah yang sibuk dgn dakwah.
Dan hari ini mereka umpama kanak-kanak hingusan,
siapa tahu esok lusa merekalah yang mengalahkan kekufuran.
InsyaAllah biiznillah~
Wallahuaalam.
Fir

salam..
lama x lawat blog daus..
smoga daus baik2 disana..