Sabda nabi : “Apabila dilakukan kejahatan (dosa) diatas muka bumi dan terdapat terdapat pula orang yang menyaksikannya, lalu dia membencinya, dia adalah orang yang tidak bersama dengan (kejahatan itu). Dan sesiapa tidak berada di dalam majlis maksiat, tiba2 dia redha kepadanya, dia seperti orang yang hadir di dalam majlis berkenaan”
Ia melihat maksiat tetapi benci kepada maksiat berkenaan, namun dia tidak dapat lari dari melihat maksiat berkenaan itu kerana ia dikurung, maka dia diselamatkan Allah seperti mereka yang tidak melakukan maksiat walaupun hadir di dalam majlis tersebut.
Sementara orang yang tidak berada di dalam majlis maksiat, tetapi dia redha dengan majlis maksiat itu, seperti memberi lesen kepada majlis maksiat atau seumpamanya, maka hukumnya sama dengan orang yang melakukan maksiat.
Oleh sebab itu, menurut kaedah ilmu fekah bahawa sesiapa yang redha dengan kekufuran, maka dia jadi kafir. Begitu juga jika kita redha dengan maksiat, kita turut terlibat dengan maksiat.
Menurut kaedah ini, dapat kita fahami bahawa sesiapa yang redha iaitu suka, tidak benci, meyokong dan yg semaksud dengannya akan perkara maksiat seperti bercouple, pergaulan bebas, karaoke melampau, konsert haru-biru, tidak menutup aurat hatta kekafiran sekalipun, maka mereka juga tergolong dalam perbuatan maksiat tersebut.
Saya cuba membawa realiti hari ini yang sangat jelas berlaku dalam kalangan kita orang Islam.
Contoh terdekat adalah di facebook.
Apabila ada sahaja gambar sepasang couple diupload, maka akan lahirlah komen2 yang seolah2 mengiyakan perlakuan couple tersebut. Biasa kita baca "nice la korang", "korang ni sweet lah", "secocok gile korang!" dan pelbagai lagi. Terfikirkah kita dengan menzahirkan perkataan2 spt tersebut, secara tidak langsung kita sebenarnya meredhai perlakuan couple tersebut?
Saya pohon sepuluh jari memohon keampuanan andai teguran ini bernada kasar, namun inilah hakikat yang berlaku. Saya rasa rugi andai kita tak bercouple, tapi dapat dosa couple hanya dengan perasaan dan komen kita apabila melihat orang lain bercouple. Korang tak rasa sedih ke?
Pernah saya terbaca satu komen di forum iLuvislam, katanya, "alang-alang dah buat dosa, biar masuk neraka".
Bunyinya memang kasar. Tapi tersentap?
Namun mari kita belajar apa sebenarnya yang ingin disampaikan di sini. Apa saya faham, kata-kata di atas boleh disamakan maksudnya dengan "alang-alang mandi, biar basah" atau "alang2 menyeluk pekasam, biar sampai pangkal lengan". Antara lain, ingin mengajak kita merenung, berbaloikah dengan perlakuan kita yang sedikit tersilap, menyebabkan kita terpalit sama mendapat dosa.
Kalau benar-benar nak buat dosa, biar buat dosa yang berbaloi. Kalau dengan meredhai perbuatan couple, kita dapat dosa yang sama, lebih baik kita couple. Begitulah lebih kurang. Kan? Tak gitu?
Akhir sekali, saya berdoa kepada Allah agar kita diberikan kekuatan, diberikan ketetapan iman agar dapat menghidupkan hidup yang benar2 hidup. Hidup sebagai seorang Muslim bertaqwa dgn sebenar2 taqwa. Jom kita perbaiki diri kita selangkah demi selangkah. InsyaAllah.
Alang-alang nak sweet, biar sweet sampai akhirat!
Wallahuaalam.
Fir


